Saya juga suka tidur jika tiada apa yang saya lakukan. Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami oleh seluruh dunia fauna. Saya akan tidur pada waktu lapang, jika penat dan waktu hujan. Sebelum tidur, saya juga kadang-kadang bermain telefon untuk menenangkan fikiran agar lebih cepat mengantuk dan mudah untuk tidur dengan lena. Selepas balik dari kelas, saya kadang-kadang akan tertidur oleh kerana penat balik dari kelas. Tetapi ia cukup memuaskan kerana tidur adalah waktu rehat dan dapat kumpul tenaga semula setelah bangun dari tidur.
Tidur juga dapat merehatkan kita dari rasa sedih kerana jika saya sedih, saya akan rasa mengantuk dan membuatkan saya ingin tidur.
No comments:
Post a Comment