Assalamualaikum, saya Aiman Hazwan di blog ini ingin menceritakan tentang hobi saya. Setiap orang mempunyai minat mereka tersendiri. Minat itu sudah tentu merujuk kepada hobi. Seperti yang kita tahu, hobi merupakan aktiviti berfaedah yang dilakukan pada waktu lapang yang mampu memberi kepuasan dan memberi ketenangan jiwa kepada seseorang. Hobi tidak boleh dipaksa-paksa, tidak boleh dijual beli dan tidak boleh diwariskan. Tidak dinafikan juga hobi dilakukan mengikut minat seseorang berdasarkan peredaran masa dan persekitaran. Tapi yang pasti, selagi sesuatu aktiviti itu memberi ketenangan dan kepuasan, itulah hobi.
Saya mempunyai bermacam-macam jenis aktiviti yang boleh diklarifikasikan sebagai suatu aktiviti yang berfaedah dan boleh ditakrifkan sebagai hobi. Antaranya bermain game, tidur, trip dan macam macam lagi. Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain dan pendidikan dewasa.
Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Sebagai contoh, hobi mengumpul setem adalah percuma jika sekadar mengumpulkan setem terpakai, tetapi ia bertukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila pengumpul jemu dengan kesukaran mendapatkan pelbagai setem secara percuma. Pelbagai jenis setem yang menarik perlu dibeli, malah setem yang baru terbit harganya mahal.
Memancing adalah hobi yang memerlukan belanja dan menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli alat pancing utama seperti joran dan umpan, alat pancing sampingan seperti bot, khemah, lampu dan sebagainya. Pulangannya adalah ikan dan hadiah pertandingan memancing.
No comments:
Post a Comment